KURSUS 20 SOLAT SUNAT HARIAN 🕌
Tahukah kita bahawa terdapat banyak solat sunat yang diajarkan oleh Rasulullah ï·º, namun sebahagiannya jarang diketahui, apatah lagi diamalkan?
Ramai yang mengenali solat Dhuha, Witir dan Tahajjud, tetapi bagaimana pula dengan solat Taubat, Istikharah, Hajat, Tasbih, Awwabin, Mutlak dan pelbagai lagi solat-solat sunat yang mempunyai kelebihan tersendiri?
📖 Kursus Solat-Solat Sunat Harian ini disusun bagi membantu peserta memahami tatacara, waktu pelaksanaan, niat, kelebihan serta dalil-dalil yang berkaitan dengan setiap solat sunat berdasarkan rujukan yang sahih.
Dalam kursus ini, peserta akan mempelajari:
✅ Jenis-jenis solat sunat yang disyariatkan
✅ Waktu-waktu pelaksanaan yang tepat
✅ Tatacara dan bacaan yang berkaitan
✅ Dalil-dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah
✅ Kesilapan yang sering berlaku dalam pelaksanaannya
✅ Kelebihan dan hikmah setiap amalan
🌟 Jadikan solat-solat sunat sebagai pelengkap kepada solat fardu dan sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah Ø³Ø¨ØØ§Ù†Ù‡ وتعالى.
Buku yang digunakan ialah '20 Solat Sunat Harian', oleh Ustaz Muhadir Joll, terbitan Galeri Ilmu.